JASIN: Jabatan Perikanan (DoF) Melaka melaksanakan pemantauan secara proaktif dan mengambil langkah pencegahan lebih awal berikutan penemuan alga spesies berbahaya pada sampel air dan kupang di Sebatu di sini.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata penjualan kerang dan kupang di Melaka dihentikan serta-merta bermula Jumaat lepas buat sementara waktu serta pihaknya turut mengeluarkan larangan mengutip kupang atau kerang di perairan negeri itu kepada nelayan.
"Dalam waktu larangan itu, kita ada tempoh inkubasi dan DOF akan meneruskan pemantauan berterusan dengan melakukan pengujian secara berkala dalam tempoh 20 hari.
"Pada minggu depan, sampel kedua dan seterusnya akan diambil ... sekiranya tahap keselamatan bacaan biotoksin berada pada paras dibenarkan dan disahkan selamat untuk dimakan pihak kita akan beritahu, tetapi jika masih lagi tercemar kita akan buat makluman," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Semarak Syawal Agro MADANI 1445H @ Pasar Tani Merlimau peringkat negeri di sini hari ini.
Bagaimanapun, Dr Muhamad Akmal berkata tiada kes kejadian keracunan makanan berkaitan pengambilan hasil laut dwicengkerang atau kupang yang dilaporkan di Melaka setakat ini.
Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Perikanan melarang orang ramai di Melaka memakan dwicengkerang berkuat kuasa serta-merta, sehingga pemantauan tahap keselamatan bacaan biotoksinnya berada pada paras dibenarkan serta kupang disahkan selamat untuk dimakan.
DOF menerusi kenyataan memaklumkan, hasil analisis dijalankan makmal Biosekuriti terhadap sampel kupang dan air yang diambil dari Sebatu pada 3 April lepas menunjukkan kehadiran alga Alexandrium yang berbahaya kepada kesihatan manusia.
Sementara itu, Dr Muhamad Akmal berkata tujuh lokasi dipilih di Melaka untuk melaksanakan Program Semarak Syawal Agro MADANI bersempena dengan sambutan Aidilftiri kali ini bagi membolehkan pengunjung mendapatkan barangan keperluan untuk persediaan menyambut Syawal dengan harga lebih rendah daripada pasaran.
Beliau berkata ia membabitkan Pasar Tani Selandar, Pasar Tani Masjid Tanah, Pasar Tani Jasin, Pasar Tani Ayer Molek, Pasar Tani Taman Maju, Pasar Tani Alor Gajah dan Pasar Tani Merlimau dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut menyasarkan lebih 8,200 pengunjung dan sasaran jualan sebanyak RM410,000.
"Lebih menarik pada program ini pengunjung turut ditawarkan jualan daging iaitu RM28 sekilogram oleh Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, selain FAMA turut menyediakan kira-kira 1,000 ekor ayam yang dijual dengan harga RM10 seekor serta jualan promosi Set Kombo MADANI RM10 iaitu minyak, tepung, gula dan nasi himpit.
"Menerusi program ini sudah tentu ia sedikit sebanyak dapat memberi penjimatan kepada orang ramai berbelanja untuk membeli barangan keperluan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Dr Muhamad Akmal (kanan) mengedarkan nasi himpit dan rendang kepada orang ramai sempena Program Semarak Syawal Agro Madani 1445H peringkat negeri di Pasar Tani Merlimau, hari ini. - Foto Bernama
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Kupang tercemar: DoF Melaka pantau, ambil sampel kedua minggu depan
Jabatan Perikanan Melaka melaksanakan pemantauan secara proaktif dan mengambil langkah pencegahan lebih awal berikutan penemuan alga spesies berbahaya pada sampel air dan kupang di di Sebatu.
Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.
Singapura sekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson
Singapura telah menyekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson, Malaysia, kerana didapati mengandungi biotoksin berbahaya.
Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin - DoF
Sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.
Kupang beracun di PD: Keputusan analisis makmal diketahui esok - DoF
Keputusan analisis makmal sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya terhadap kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka diketahui esok, kata Jabatan Perikanan (DoF).